Thursday, December 10, 2015

Langkawi : Part 1


Suki baru je balik dari bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga...so sekarang masanya untuk update entry berkenaan short getaway tersebut..tak perlu lama pun...3 hari 2 malam je..lagipun mmg susah nak cari hotel bila hujung tahun ni..hampir semua hotel penuh...kena booking awal2 baru dapat..

Suki ke sana menaiki feri Langkawi..naik feri di jeti Kuala Kedah..dan ada perkhidmatan untuk parking kereta..suki suggest korang gi awal supaya dapat parking dalam kawasan sekolah yang mana lagi selamat dan lagi tersusun..parking kete dikenakan RM10 untuk sehari atau 24 jam...makanya 3 hari RM30 je..

Kemudian jarak perjalanan dari jeti Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa sejam setengah..alhamdulillah cuaca baik dan takde gelombang kuat..itu yang paling orang risau kalau naik feri...nanti perut akan rasa tak selesa..





Sampai je Langkawi...lepas lunch, solat dan check in hotel..kitaorg tak masuk hotel pun..just check in dan tinggal beg pada bellboy..,terus kitaorg keluar merayap...hihi...seminit  pun tak kasi chance...ye ler langkawi ni banyak sangat tempat menarik..tak pernah jemu turun sini...memandangkan suki datang bersama keluarga besar seramai 9 orang makanya kitaorg sewa van Inova sebagai transportation ke sana..sewa sehari Inova adalah RM160...tp sekarang dah ada perkhidmatan untuk bawa kereta dan tuannya sekali ke langkawi...namanya Langkawi Auto Service tak salah suki...boleh naik di jeti Kuala Perlis...kosnya dari RM250 ke RM340 pergi balik...dan harga termasuk pemandu..jika membawa penumpang perlu bayar RM15 untuk setiap penumpang...next time suki nak bawa kete sendiri ler..senang sikit...

Lepas check in di kaunter hotel..kitaorg terus pusing-pusing pekan Kuah..ye ler...masing2 nak survey barang-barang murah di sana...kitaorg masuk kedai dan kompleks Haji Ismail Group...Rams...Idaman Suri..serta Saga...nasib baik semua berdekatan je...so survey dulu...beli coklat untuk dimakan dalam kete...then teruskan perjalanan ke Pantai Cenang...selepas ke Pantai Cenang kitaorg gerak pula ke Langkawi Airport iaitu di Padang Matsirat...sebab di situ memang sesuai untuk minum petang...ada deretan tempat makan yang betul2 di tepi pantai...sambil makan sambil menghirup udara laut..mmg best...tak dapat di kl...so hari tu family kitaorg makan Laksa, Pasembor dan air kelapa ... selepas seharian pusing Langkawi..malam baru kitaorg masuk bilik hotel...hihi 

Bersambung ke Part 2 pula ..


8 comments:

  1. Semua orang macam dah gi langkawi.. saya ni dah berkali nak pergi, tak jugak sampai. Nak gi langkawi, brenti penang..

    ReplyDelete
  2. sedapnya laksa tu... hihihi.
    selamat bercuti suki :)

    ReplyDelete
  3. enjoy your holiday :) btw lets follow my blog

    ReplyDelete