Thursday, March 20, 2014

Perjalanan Yang Mencabar


Fuhh baru 3-4 hari tak buka blog rasa mcm lama giler..hihi..dlm entry before ni suki ada tanya pasal Kota Bharu Kelantan kan..so 3 hari lepas suki kena menghadiri meeting di UMK iaitu universiti malaysia kelantan...boleh dikategorikan macam pertama kali ler jejak kaki ke KB ni..walaupun dah pernah dulu2 tp masa tu kecik lagi..tak ingat sgt apa yg ada di sini..

Tapi yg betul2 pertama kali adalah menggunakan laluan Bentong-Raub-Kuala Lipis-Gua Musang..sebelum bertolak mmg suki agak berdebar2 sbb banyak citer kurang baik yg guna jalan tu kan..nak pulak yang tak biasa ni jadi lg risau ler..tp bila dah lalu..kita boleh paham ler suasana dan keadaan sekitar situ...sememangnya jalan Gua Musang bagi suki agak elok tp yang tak elok adalah jalan  Kuala Lipis..dah ler satu lane je..pastu kena follow lori2 balak yang tak putus2...kalau betul2 belakang lori balak ada ler dalam 25-30km/j...bayangkan..dah mcm stop kete lak rasa..kenapa ler lori balak tak diberi laluan alternatif..sbb kalau jalan yg hanya satu lane..mmg tak sesuai sgt utk dibenarkan lori balak guna jalan tu..bukan apa..bahaya tu..bila kereta2 yg tak sabar nak potong je kejenya..yang berhemah pun boleh terlibat dengan exciden..kalau taknak buat jalan alternatif..buat ler dua lane..kenapa laluan KL Kelantan belum ada highway..kesian sgt sape yg kampung kt sana..tetiba rasa bertuah sbb kampung suki dah ada PLUS highway..mmg selesa..dan kurang stress...

apa2 pun pujian harus diberi pada Gua Musang yang sedang membangun..banyak dpt tgk shop lot baru dan rumah yang cantik2 sedang dibina..R&R pun selesa dan cantik..tp kenapa gua musang je..nape Kuala Lipis teruk benor keadaannya..pembangunan di Malaysia tak seimbang kan? 



4 comments:

  1. sampai juga suki ke KB..Alhamdulillah selamat semuanya..

    ReplyDelete
  2. fuza pun jarang ke sebelah Pantai Timur

    ReplyDelete
    Replies
    1. suki first time ler bila dah abis sek ni ke KB...tp balik ganu every year sbb kg sana :)

      Delete